0

SyOkNya DeKo

Posted by SyoKnya Baca on 6:45 pm
-Bahan-bahannya-


Dah seminggu rasanya da kawan tu bg bakul utk digubah. Akhirnya hari je dapat menfreekan diri utk gi membeli bunga-bungaan dan mendeko bakul tu.. Untuk deko kali ni bertemakan warna oren ... nape entah sejak kebelakangan nie tersuka plak warna oren. Untuk tatapan uols ni la hasil yg tak seberapa jari jemariku berkreatif....

*Hasil Jari Jemariku *


0

BaHaya JEriNG

Posted by SyoKnya Baca on 10:14 pm




Jering merupakan ulam yang menjadi pembuka selera sesetengah orang. Tahu kah korang bahawa jering boleh merosakkan buah pinggang. Buah pinggang yek bukan tali pinggang ok.. hahaha. Untuk pengetahuan korang semua Jering sebenarnya berbahaya jika diambil secara berlebihan, sejenis asid yang dipanggil ‘djengkolic acid’ dalam jering boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Antara risiko yang biasa dialami penggemar jering ini ialah penyakit ‘kapit jering’ yang merupakan istilah tempatan, iaitu buah pinggang individu yang terkena ‘kapit jering’ akan berhenti berfungsi sehingga seminggu. Individu yang gemar makan jering secara mentah dan separa masak berisiko tinggi untuk mendapat penyakit tu.. so rajin2 kan diri korang yg minat jering tu untuk masak jering… macam2 jenis masakkan bole dibuat dengan jering. Tak perlulah aku tulis kat sini.. kang x pasal2 jadi rancangan memasak plak… hahahahahahaha.. Untuk menjaga buah pinggang korang tu dari rosak baiklah korang masak dulu JERING tu… Akhir kata, rajin2 kan diri masuk dapur untuk masak jering yek…. lalalalalalalala

0

SyOkNya TaHu FaKTa MeNaRiK MeNgeNaI "JeaNs"

Posted by SyoKnya Baca on 5:19 pm
  1. Di India Denim atau Jeans yang dipakai oleh para kelasi berbangsa DHUNGA dikenali sebagai "Dungarees"
  2. 20 Mei setiap tahun merupakan hari ulang tahun kelahiran "Blue Jeans"
  3. Tekstil Jeans yang asli telah dicipta pada tahun 1560-an di Geneo, Itali.
  4. Jeans pernah dipakai oleh TENTERA-TENTERA Amerika untuk berperang bermula tahun 1872.
  5. Jeans mula dipopularkan di Amerika Syarikat oleh seorang pedagang pakaian bernama LEVI STRAUSS   ketika beliau berumur seawal 20-an. Ketika itu beliau menjadi peniaga di sekitar San Francisco.
  6. Seluar JEANS rekaan awal yang pertama mempunyai 5 kocek/poket. 2 kocek besar pada kedua-duanya belah bahagian belakang dan depan. Satu kocek lagi adalah di bahagian depan sebelah kanan.



0

SyoKnya TerJaH jOhN maSTer

Posted by SyoKnya Baca on 11:36 pm

bila balik umah terkezut tgk hasil terjahan kat John Master ptg td... ni klu gi hari pertama pembukaannya tak tahu la berapa guni yg dibawa pulang... bila gi hari kedua hasil terjahan dh kureng menarik sgt.. apa2 pun hasil terjahan kali ni puratanya bukan milik aku.... hahahaha.. purata utk family tersayang je.. almaklumlah John Master bukannya jenama yg aku selalu pakai... Bila la Padini nk wat sale mcm John Master nie.. harus aku sanggup bermalam kat pintu gate untuk serbu klu Padini wat sale mcm nie...

kita tunggu apa hasil terjahan epas ni sblum 31 Ogos.... *cheak dompat



0

SyOknYa GeLaK "BerMaNdI LumPuR"

Posted by SyoKnya Baca on 5:48 pm
Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."



0

SyOkNya Gi BazAr RaMadhaN pResInt 2

Posted by SyoKnya Baca on 8:54 pm

Ingat adik dia je fofular di tv2, rupa2nya abg dia pun fofular gak.. setiap hari gi mesti laris punya kedai ni.. tak sia2 tumpang glam adik kan... hahahaha.... yg aku hairan, setiap kali gi tak nmpk plk si Gaban ni kat kedai abg dia.. ingat nk gak bergambar ngan dia klu ada... tapi hampa je.. yang ada air mangga madu, air naga, air durian belanda n mcm air lagi... yang minat air kelapa n air tepu jgn gedik2 nk gi gerai ni yek...


0

SyoKnYa Bersteamboat

Posted by SyoKnya Baca on 9:00 pm
Setelah 3 bulan tak memanaskan perut ngan bersteamboat ttiba tergerak hari nk wat terjahaan berbuka kt flaming steamboat.... tp kali nie gi brand flaming yang baru kat ss33... tq diucapkan kat En.GPS bcoz bw ke situ.. first time gi ss33 tu... sekali sampai terkezut giler.. nasib baik x sampai jd giler... hahahaha.. besar siot kedainya kat ss33..... gempak3



mcm biasa bila dak dok kat sini harus la bergosip2 dlu sementara nk tunggu masa untuk berbuka... bila dah nk waktu berbuka je pe lagi..... serbuuuuuuuuuuuuuuuu.. hasil serbuan yang pertama.. ala2 je dlu.. sbb byk serbuan yang akan dibuat lagi... selagi tak menggunung kulit undang tu selagi tu la tak behenti... tapi kali nie impian untuk menghasilkan kulit udang yang tinggi mengunung x menjadi pebila perut dh kepanasan.. so kena ucap good bye je la kat flaming steamboat... jumpa lagi ye......



0

Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2011

Posted by SyoKnya Baca on 5:52 am


Copyright © 2009 SyoKnYa BaCa All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.